fbpx

Di Sekitar Bulan Madu Romantis Ummi Nazeera & Suami

Selamat mendirikan rumahtangga pada 27 Julai lalu, kini Ummi Nazeera dan juga suami Mohd. Izzar Anwari sedang giat berbulan madu di bumi Switzerland dan kini berada di Istanbul. Malah perkongsian gambar pasangan ini di laman Instagram ternyata membuatkan peminat gembira.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Bertandang Perkahwinan Ummi Nazeera

Sebelum ini pasangan ini telah dinikahkan dalam majlis yang dihadiri rakan dan keluarga terdekat saja malah mereka juga turut menolak tajaan daripada mana-mana pihak.

Tidak diketahui ke mana lagi destinasi seterusnya pasangann ini untuk berbulan madu. Apa yang pasti, terasa ingin pergi juga ke destinasi yang sempat mereka kongsikan bersama di laman sosial tersebut.

Jika anda tidak ada akaun Instagram, marilah layan gambar-gambar sepanjang mereka berbulan madu nun jauh di bumi Switzerland dan juga Istanbul. Pastinya peminat menantikan kehadiran cahaya mata pula’kan selepas ini? (rtky/s)