fbpx

Sekitar Awal Ashaari Sekeluarga Umrah Di Tanah Suci

Baru-baru ini pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah berkesempatan menunaikan umrah di tanah suci Mekah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Mereka sekeluarga bersama anak perempuan, Lara Alana telah berangkat ke sana pada 12 Jun lalu dan nampaknya sudah selamat sampai disana mengerjakan umrah.

BACA: Awal Ashaari & Scha al-Yahya Sambut Ramadhan Di Mekah

Seperti selebriti lain, Awal dan Scha turut tidak ketinggalan berkongsi perkembangan serta perjalanan mereka ketika disana dengan telatah Lara yang sentiasa mencuit hati peminat beliau di laman sosial Instagram. Beberapa keping gambar yang dikongsi turut menunjukan kecomelan Lara yang memakai tudung dan telekung ketika berada disana.

Sebelum ini Awal pernah memaklumkan bahawa perancangan ke Mekah untuk menunaikan umrah sudah lama dilakukan namun terpaksa ditangguh akibat komitmen kerja yang terlalu tinggi buat pasangan ini. Tetapi dengan kesempatan kali ini, Awal bersyukur kerana akhirnya dapat berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci pada bulan Ramadhan.

Walau apapun, semoga Awal sekeluarga dapat menunaikan umrah dengan lancar dan semoga mendapat keberkatan mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Diharap segala perancangan akan dipermudahkan olehNya dan selamat pulang ke tanah air nanti. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar mereka sekeluarga disana. Enjoice! (rkty/w)