fbpx

Sekian Lama Menghilang, Foto Malique Too Phat Tersebar

Kehilangan bekas anggota Too Phat, Malique secara misteri dalam industri hiburan menjadi bualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005. Bagaimanapun, Malique lebih memilih untuk bekerja di sebalik tabir dan karya lagu-lagunya masih lagi kedengaran.

Pelbagai spekulasi timbul malah dakwaan mengatakan penyanyi itu menghidap penyakit misteri. Hampir sekian lama menghilang, sejak semalam tular foto Malique bersama keluarganya di media sosial.

BACA: Malique Too Phat Kini Menetap Di Johor Bahru

Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, namun netizen tetap dapat mengenali wajah penyanyi rap kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan itu adalah gambar lama Malique. Tidak kurang juga ada netizen berkongsikan sering terserempak dengan penyanyi rap itu menghantar anaknya ke sekolah dan berada dalam keadaan sihat.

Kata netizen lagi, meskipun kita sudah hidup di zaman teknologi serba canggih namun masih tiada siapa yang berjaya merakam gambar terkini Malique.

Seperti apa yang dikongsikan netizen, Malique berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Apa pun sebagai peminat adalah lebih baik jika kita menghormati keputusan penyanyi tersebut yang mahukan privasi dalam hidupnya.