fbpx

Pelakon Fasha Sandha dikritik netizen susulan meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang netizen di Instagram. Difahamkan, netizen tersebut seolah memerli Fasha yang dijangkiti Covid pada Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi IG Story, individu itu mendakwa Fasha tidak menjaga hati keluarga mentua apabila menuduh mendapat jangkita tersebut ketika beraya di Rembau, Negeri Sembilan.

BACA: Fasha Sandha Bidas Ustazah Tegur Wanita Buat Trend ‘Alamak Raya Lagi’

Tidak hanya berdiam diri, Fasha membidas individu tersebut serta menggelarnya ‘bodoh’. Fasha berkata sebagai seorang ibu individu tersebut sepatutnya memahami apa dirasainya bukannya hanya tahu mengata.

Tidak hanya setakat itu, Fasha turut memuat naik gambar keluarga individu berkenaan serta memberikan pesanan supaya duduk diam-diam.

Sementara itu, di aplikasi X, ada pengguna memuat naik semula perkongsian Fasha sekaligus membuatkan ramai netizen terkejut dengan reaksi pelakon berkenaan.

Malah, ada yang mendakwa melihat Fasha nampak seorang yang lemah lembut tetapi keluar ayat rempit apabila membidas individu berkenaan.