fbpx

Fasha Sandha Bidas Ustazah Tegur Wanita Buat Trend ‘Alamak Raya Lagi’

Pelakon Fasha Sandha tampil membidas kenyataan ustazah yang menegur trend ‘Alamak Raya’ tidak sesuai bagi wanita muslimah yang mempunyai kelas tinggi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fasha memuat naik semula laporan ustazah menegur trend tarian tersebut dilabel sebagai gedik.

BACA: Fasha Sandha Positif Covid, Sedih Tak Dapat Raya Dengan Keluarga

Fasha turut mempersoalkan kenyataan ustazah berkenaan seakan membezakan martabat serta kedudukan seorang wanita.

Tambahnya lagi, setiap individu ada pilihan dan cara hidup mereka masing-masing  serta mengatakan dunia kini semakin pelik.

“Macam ni la, hidup je la ikut cara masing-masing. Penat la nak jaga hati orang. Dunia ni dah semakin pelik. Ramai manusia-manusia aneh,” tulisnya.

SUMBER: Oh Bulan