fbpx

Sejak Menduda, Alha Alfa Terima Mesej Jampi, Ayat Mantera

Rumah tangga yang bina hanya mampu bertahan 6 bulan sahaja selepas bercerai pada Mac lalu, jurusolek terkenal Alha Alfa mendedahkan sejak menduda dia sering menerima mesej daripada individu tidak dikenali di media sosial berlagak seolah-olah kekasihnya.

Alha barkata bagaimanapun dia tidak melayan mesej itu kerana tidak tahu apa niat sebenar individu berkenaan cuba mendekatinya. Lebih menyeramkan, dia sering menerima mesej pelik seperti jampi dan ayat seperti mantera.

BACA: Sebulan Menduda, Alha Alfa Dedah Ramai Wanita Ajak Kahwin

“Saya selalu dapat mesej bukan-bukan dan pelik-pelik. Menakutkan, jampi-jampi ayat macam mantera la apa la. Kenapa ya sampai macam ni mentaliti orang-orang kita, saya harap bolehlah berhenti cakap bukan-bukan.

“Mengarut yang bukan-bukan boleh datangkan fitnah benda ni. Astagfirullahaladzim, bawa-bawa mengucap,” tulisnya.

Menerusi Insta Story, Alha turut memuat naik mesej perbualan daripada individu berkenaan. Dalam mesej itu, individu berkenaan mengatakan dia suka dan sayangkan jurusolek itu. Malah, turut mengatakan jangan meninggalkannya serta bertanyakan apakah salahnya.

April lalu, Alha mendedahkan baru sahaja sebulan memegang status duda, ramai wanita menyatakan hasrat mahu menjadikannya sebagai suami.

Malah, ada juga ibu bapa yang menghantar mesej kepadanya mahu menjadikannya sebagai menantu tanpa perlu mengeluarkan belanja hantaran yang tinggi dan tidak perlu adakan sebarang majlis.

Terdahulu, Alha berkata rumah tangganya hanya mampu bertahan selama 6 bulan selepas dia dan Azlin sepakat untuk berpisah secara baik selepas masing-masing sudah tidak lagi persefahaman.