Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memuji kehadiran suaminya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi satu temu bual, Bella berkongsikan suaminya sering menerangkan sesuatu perkara kepadanya dari awal hingga akhir.

BACA: “Banyak Perkara Lebih Penting” – Sebulan Bergelar Isteri, Bella Astillah Belum Berbulan Madu

View on Threads

Bella turut mengatakan dia bukan sahaja mempunyai suami di rumah tetapi Syed Saddiq turut dilihat sebagai pensyarah serta doktor.

Turut menjadi perhatian ramai, Syed Saddiq dilihat tidak berhenti menatap isterinya yang sedang bercakap di temu bual berkenaan.

×