fbpx

“Segelintir Orang Sabah Amal Syirik, Saya Tak Tuju Pada Semua Pun”

Nampaknya ada saja kontroversi membabitkan pelakon Fathia Latiff. Baru saja reda isu mengatakan rupa Zahirah MacWilson seperti bibik, timbul isu lain pula.

Terbaru, kecoh apabila Fathia berkata dia tidak suka dan benci dengan mereka yang berasal dari Sabah serta mendakwa masyarakat disana mengamalkan syirik.

BACA: Netizen Dakwa Fathia Latiff Sewa Teman Lelaki Di Jepun

@gattox__officialhq

Apa pendapat anda ? fatiyalatiff fathialatif fyp fyppppppppppppppppppppppp makcikbawang gosipviral orangsabah sabahangirl sabahan

? original sound – Citer Terkini – Gattox Official HQ

Menerusi sesi siaran langsung itu juga, Fathia berkata dia tidak mahu orang Sabah masuk menonton siaran langsung berkenaan.

Bagaimanapun, dalam video terbaru, Fathia berkata ramai yang salah faham dengan kenyataannya itu. Katanya, dia tidak tujukan pada semua  tetapi ada segelintir masyarakat di sana mengamalkan syirik.

@gattox__officialhq

Live fatiya latif cakap sabah #fathialatif #fatiyalatiff #fyp #sabahan #sabahangirl #gosipviral #fyppppppppppppppppppppppp #trending

? original sound – Citer Terkini – Gattox Official HQ

“Jangan marah-marah, bergurau. Bukan saya cakap semua, saya cakap segelintir.

“Bukan semua orang Sabah, segelintir orang Sabah yang mengamalkan syirik. Saya tak tujukan kepada semua pun. Kalau korang tak faham, korang sengajalah nak cari pasal dengan aku,” katanya.

Video yang dikongsikan semula oleh pengguna TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen