“Seeloknya Caprice & Ebit Lew Berdamai Sahaja”
Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai perselisihan faham antara pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice.
Mengulas mengenai isu berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihati kedua mereka untuk selesaikan masalah dengan baik.
BACA: Caprice Harap Hubungan Dengan Ebit Lew Kembali Pulih
“Kedua-dua mereka sahabat saya dan pernah datang bertemu saya. Hal seperti ini (salah faham) seelok-eloknya berdamai.
“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa, tapi itu hal peribadi, seeloknya berdamai,” katanya.
Sebelum ini kecoh apabila Caprice mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat Ebit Lew serta memberi bayangan bahawa pendakwah itu punca dia tidak dibenarkan memasuki Gaza.
Malah, perkara yang dibangkitkan oleh Caprice adalah gambar memberi mainan kepada kanak-kanak yang dikatakan kurang disenangni orang Gaza apabila dilihat seperti Photoshoot.
- SUMBER
- Harian Metro
Photo tu mengenai seorang budak kena posing 2 kali masa terima 1 mainan. Kalau ikhlas, ada 1 candid photo je lah. Klu lebih dr sekali di arah posing mcm photoshoot, mcm gunakan budak tu. Malu la pihak penerima iaitu palestin.
haih..
haihhhhh.. jgn baca side cap saja ya, baca explanation PA UEL pasal gambar tu.. baru boleh tau mana yang kebeenaaraaan papa pipi..
caprice takde di tempat kejadian, dia dapat gambar tu pun dari influencer palestine yang tiada di tempat kejadian..(bukan uel/team uel yg post2 kat socmed)
hanya di tempat kejadian sahaja yang tau kenapa sampai 2 angle gambar tu..dan PA UEL di tempat kejadian dah explain dalam live tempoh hari.
tak abes2, ntah2 mmg ade 2 photographer ke..apoo
Bdk Palestine tu pn mst xsgka isu tgkap gambr dia jadi masalah negara dah
Haih
Ebit pergi sana wakili pendermanya. Dia juga perlu post updates. Kau pun pernah amik gmbr dua kali tak? Kalau hati hitam mmg susah lah. Jika ebit tu kau nak tuduh drama, bg mn dgn caprice sendiri?
Ustaz dan cap perlu berdamai?? (Haihh depa betui bergaduh ker pak menteri?