fbpx

Seefood, Filem Animasi Tempatan Pulang Ke Kampung, Di Pawagam Mac 2012

Seronok sebenarnya kami menanti tahun 2012 kerana dunia filem Malaysia bakal meriah.

Ini termasuklah filem animasi tempatan yang sudah merantau ke seluruh dunia dan kini pulang ke kampung halaman — Seefood.

Kalau melihatkan poster promosi untuk filem Seefood ini, pasti ada yang terbayangkan Shark Tale atau tidak pun Finding Nemo.

Namun membaca sinopsis filem ini yang kami terima, kisah dalam Seefood memang berbeza dengan mana mana filem Hollywood.

Filem terbitan Silver Ant dan bakal di’edarkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd ini telah menjalani tayangan perdana di Cannes Marche du Film pada bulan May 2011 yang lalu.

Semenjak itu, Seefood telah di’tayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Dan kini bersedia untuk di’tayangkan di 80 pawagam seluruh Malaysia.

SINOPSIS: Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.

Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.

Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!