fbpx

Bila tiba musim cuti sekolah seperti sekarang, pastilah mak-mak semua sudah merancang untuk melakukan aktiviti tahunan bersama anak-anak. Ada yang mahu pergi bercuti ke luar negara, ada yang mahu pergi berkhemah menikmati alam semulajadi bersama anak-anak.

Tetapi bila anak sudah mempunyai ramai kawan di sekolah dan merancang aktiviti mereka sendiri, pastilah terasa kosong cuti sekolah untuk Geng Mak-Mak yang sentiasa mahu menghabiskan masa bersama keluarga.

Dalam episod terbaru Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah, Rita Rudaini yang membawa watak Kak D mengalami situasi yang sama. Anak-anak Kak D ada rancangan sendiri untuk menghabiskan waktu cuti sekolah.

Memang sedih perasaan Kak D apabila anak-anaknya tidak mahu menjayakan aktiviti tahunan mereka untuk berkhemah tetapi apakan daya rancangan anak-anak perlu didahulukan supaya mereka gembira.

Namun sesuatu yang tidak diduga terjadi selepas Kak D membenarkan anak-anak keluar bersama kawan-kawan. Nak tahu penghujung kisah ini? Anda mesti tonton episod ketiga Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah di Astro Gempak sekarang.

Lagi best jika anda turut sama menggunakan Darlie untuk menyegarkan lagi hari anda dengan senyuman bersama keluarga tersayang. Ketika itu barulah setiap apa yang anda rancang untuk anak anda menjadi!

Nak tahu lebih banyak idea dan ragam mak mak, jangan lupa untuk terus menonton Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah di Astro Gempak.

Geng Mak-Mak: Edisi Cuti Sekolah ini kali ini menceritakan mengenai kisah seorang ibu, Kak D lakonan Rita Rudaini yang cuba untuk menghabiskan masa cuti sekolah bersama dua orang anak lelakinya namun ada sesuatu yang terjadi membuatkan rancangan beliau terbantut. Tetapi, ada pengakhiran gembira dalam kisah Kak D.

Turut menjayakan siri drama ini ialah Nad Zainal sebagai Dahlia, Fatin Afeefa sebagai Rose, Sazzy Falak sebagai Elanor dan Elvina Mohamad sebagai Zehan. Jadi golongan ibu bolehlah menanti setiap episod rancangan drama khas buat anda ini. Jangan lupa save the date okey!