fbpx

“Sedih & Terluka Bila Anak Kita Dipersenda, Dicaci Maki Ikut Suka”

Pelakon Abby Abadi berkata dia berkongsikan mengenai kisah anaknya menerusi satu podcast baru-baru ini untuk perbaiki keadaan serta menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby berkata katanya lagi perkongsian itu dalam masa yang sama untuk menghentikan daripada netizen terus berkata-kata bahawa dirinya tidak menjaga anak. 

BACA: Abby Abadi Sahkan Marissa Nikah Di Thailand, CCTV Jadi Petunjuk

“Sesetengah orang Malaysia ini bila diam sibuk nak tapi tapi bila kita cerita kata macam-macam pula. Dah pengacara tanya macam mana tahu pasal kes Thailand itu, saya ceritalah point-point dia tapi tak adalah cerita segala.

“Kongsi sikit sahaja untuk bagi tahu kepada yang rajin mengata ini untuk tidak buat cerita, kata saya tak jaga anak. Kita jaga, sehabis baik jaga tapi anak itu yang di luar jangkaan,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata dia turut meminta netizen diluar sana supaya mendengar keseluruhan podcast terlebih dahulu sebelum melemparkan kecaman terhadapnya.

“Dengar dulu keseluruhan podcast itu. Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik utk anak-anak saya. Tak akan saya terima untuk ditemu ramah semata-mata untuk memburukkan keadaan.

“Dengar dulu, kalau pihak mereka (penerbitan) tak keluarkan point-point yang penting, saya sendiri akan minta dan akan keluarkan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Abby turut menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang memahami perasaannya sebagai seorang ibu serta mengakui terluka apabila anaknya dipersenda dan dicaci.

“Pada yang faham, yang sama-sama rasai perasaan dan kasih sayang seorang ibu, terima kasih sangat. Sedih dan terluka bila anak kita dipersenda dan dicaci maki ikut suka.

“Menerima undangan untuk ditemu ramah dalam podcast adalah usaha kecil saya untuk menyelesaikan kemelut ini. Marissa anak saya, amanah untuk saya dan dah menjadi tanggungjawab untuk saya perbetulkan keadaan. Tak perlu libatkan orang lain yang tidak terlibat,” katanya.