fbpx

Abby Abadi Sahkan Marissa Nikah Di Thailand, CCTV Jadi Petunjuk

Pelakon Abby Abadi mengakui anaknya, pempengaruh media sosial, Marissa Dania sudah pun bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam di Thailand.

Memetik Astro Gempak, Abby menceritakan kronologi dimana rakaman CCTV menjadi petunjuk anaknya itu ‘hilang’ dan apabila disedari Marissa sudah berada di Thailand.

BACA: “Saya Rasa Marissa Ikut Bapanya, Masa Norman Kahwin Pun Saya Tak Tahu”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

“Melalui CCTV. Saya pelik kawan anak saya (Marissa) keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya pada hari kejadian. Hari Marissa dan Aslam menikah.

“Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.

“Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup. Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata sijil nikah anaknya ada padanya dan mahu Marissa sahkan serta mendaftar pernikahan di Malaysia. Kata Abby lagi, dia juga reda dengan pernikahan yang telah terjadi.

“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya. Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.

“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak