Sedih Suami Dihina, Isteri Tampil Pertahan Aaron Aziz
Isteri kepada pelakon popular Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal atas apa yang berlaku selepas Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan mengenai suaminya,
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Diyana meluahkan rasa sedih apabila melihat suaminya dihina serta kena body shaming.
BACA: Aaron Aziz Pegang Al-Quran, Dedah Cerita Isu Dengan Syamsul Yusof
Menurut Diyana, selama ini dia tidak pernah mengunakan media sosial untuk meluahkan perasaan namun dia tampil untuk pertahankan suaminya.
View this post on Instagram
“Selepas melihat apa yang berlaku di internet, hati saya sakit bila suami saya dihina, dan kena ‘body shaming’. Selama ini, saya tidak pernah gunakan media sosial untuk luahkan perasan dan sentiasa kekal tenang. Tetapi kali ini saya tidak mampu menerimanya dan terpanggil untuk melindungi suami saya sendiri.
“Mungkin kerana saya telah melihat sendiri komitmen dan usahanya. Ini bukan tentang hilang rezeki kerana saya percaya kepada qada dan qadar. Ini adalah satu tindakan tidak sopan” tulisnya.
Dalam pada itu, Diyana berkata sebagai pengurus kepada suaminya sudah banyak air matanya yang tumpah untuk projek ini.
“Saya banyak menangis untuk projek ini. Tidak pernah lagi terjadi kepada saya sebagai seorang pengurus, saya harus lalui kesakitan seperti ini.
“Ini adalah satu pengajaran. Kalau nak ‘all out’ harus berpada-pada dan lihat untuk siapa kita lakukan. Berbudi bahasa sangat penting.
“Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek ini. Allah tahu apa yang terbaik dan sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.
“Semoga Allah SWT yang maha pengasih memudahkan urusan Syamsul Yusof dan memberi petunjuk kepadanya. Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, ampuni aku dan berikan aku dan suamiku kekuatan,” tulisnya.
Rabu lalu, Syamsul berkata faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan menjadi punca Aaron Aziz digugurkan daripada filem The Original Gangster.
Tu la lain kali x payah nk sound2 org, bila org ckp benda yg betul nk marah pulak? Benda yg mula2 bikin panas laki awak. Bila pihak yg kena sound nk pertahankan diri dan citer apa yg berlaku mula laa main drama airmata. Apa benda laa korg ni, ingt berlakon kt dlm movie dan drama jer. Ni dlm medsos pun nk berdrama jugak?! Apa pun ko ckp laki ko dah x berlakon dlm movie tu lg dah pun! Isu ko nk salahkan punca laki ko injured masa berlakon dlm skop production itu Yusof Haslam dah bertanggungjawab dgn ganti job baru!!! So x payah bnyk sngt grandmother story laa weh!
Menyampah ak artis singapore suma dpt gelaran dato. Cepat sentap. Menyibuk. Dah gemuk tu terima lah. Kau tgk movie omputih sana bapak susah training kasi body fit mau filem gado2 fighting. Suami kau boleh relax dulu jgn bunyi banyak maluuu sikit. Kau pemgurus patut open minded benda betulll. Aiyo ini pengurus pun drama
Suami awak yang buat bising asalnya. Nak buat macam dianiaya. Lepas tu dengan pegang quran apa. Jadi, pihak satu lagi akan berdiam aje ke?
Terimalah hakikat bahawa Aaron Aziz ni dah semakin gemuk. Kena pegang part yang sesuai lah. Tunggu nanti filem “Estate Gangster” ke. Sesuailah dengan suami awak tu. Atau sebagai Bouncer di nite club ke. Inilah dia kehidupan. Terima aje lah.
Sebenarnya, ini lagi drama yg sebenar2 nua yg sdg kalian lakunkan script allah buat kita cerminkan.
Tanpa ujian kita tetap terus buta dari ujian it like it, maka watak yg berselindung ujud bagai menerangi lakunan pentas do in near ( dunia)ini sungguh jelas allah buktikan siapa kau , aku , kamu, kami, kita awak atau kita adakah umpama biawak.
Jom kaji tiada yg sah luck sah like sah lights or salah kan aku….aamiin
Knp setelah kalian menerima dan deal terima ujud small thing happening kalian jadi pening…???
Salah faham antara siapa pun umpama picit peha kanan , kiri ikut merasai sah kit.
Sewajarnya kalian usah melayan emosi atau ill more see and seal dari emo di more let other see sgt memalukan.
Bila belaku, benar krn bila ada salahfaham pastinya ada kanan dan kiri ikut berserta.
Jelas dari firman allah swt kata, “aku jadikan alam ini berpasang2an…”
Bila ada tuduhan pasti ada pembelaan.
Ada yg mengata pasti ada Nista.
Ada tg ina pasti ada yg minta dimuliakan.
Ada baik pasti buruk bertema sama.
Ada bodoh pasti ada yg berpandai pandaian.
Ada sombong pasti ada yg menjadi alat tempat di pihak.
Ada kaya , si miskin jadi bahannya.
Dan dan dan…
Yg utama jika tiada angin bisakan ada tiupan…?
Pertama knp ada salahfaham sdgkan iblis diamanahkan utk melaksanakan amanah nya utk mengoda – goda dan yg kalian ter go da apa hal, hingga lupa diri atas tugas *jin syaitan iblis* tidak lain menjana amanah nya utk sesaat tidak lupa lalai menyesatkan kita.
Tapi kita lupa kah amanah kita di alam bani rujuk ayat Al araf 172.
Knp kalian ikut tergodam atas godaan nya umpama Adam dan hawa sebagai contoh panduan buat kita semua.
Lupa kah…kisah Adam hawa…?????????
Wah….mcm ustazah yg jatoh dr langit sey….dia ni comment..
Did not straight to the point!!!
Very irritating speciment
Tak tahu comment, jngn comment!!
Benar yg Freeda cakap ni.
Ada pak lebai wannabe turun dari Gunung Ledang. Terus ke RotiKaya untuk syiok sendiri. Entah apa-apa komen dia.
Entah-entah baru keluar hospital jiwa.
Tak kira orang tu org mana,malaysia atau negara sebelah, kalau respect not earn mmg susah. U can say alot pasal dekni tapi ape yg aku nampak dato aaron kalau nk sesuatu dia buat all out dia luahkan pun pasal geram tak tahu cara ape nk semuka dgn sol. Ajak jumpa semua tak nak seolah2 dato aaron buat salah. Kesilapan dato aaron hanya badan tu je bole berbincang pe tapi samsul tak jadi gentleman. Whatever it is dato aaron stay strong hiraukan all these jaga kak D better. 1 pintu tutup doesnt mean tutup segalanya. Theres always million doors waiting for u abg.. u never walk alone abg we always there to support u..
Astaghfirullah..
Bulan Ramadhan yg mulia ni dek..
Jng suka2 mengata orang
Bulan pose pun nk ngutuk org jgk ke …x reti nk rehat ke..tunggulah raya sambung balik bt dosa ngata org tu blh x..setan pun rehat kn ikat lg..