“Sedih Putus Tunang Nak Kena Tunjuk Ke?”
Mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober lalu, hasrat pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila kedua mereka mengesahkan sudah pun putus tunang sejak sebulan lalu.
Namun, ada yang mendakwa Zara seolah tidak terkesan dengan episod putus tunang itu. Mengulas mengenai dakwaan itu, Zara bertanyakan adakah dia perlu menunjukkan kesedihannya. Ujarnya lagi, dia perlu kuat dan positif di atas apa yang berlaku.
BACA: “Jangan Tanya, Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan Zara Zya”
“Takkan saya nak kena muat naik video menangis semata-mata nak beritahu saya sedih sebab putus tunang. Ada yang komen pada gambar saya. Mereka cakap saya tak nampak sedih pun. Adakah saya perlu tunjuk semua itu di Instagram? Dalam perkara ini, ramai tahu saya sentiasa positif dan kuat.
“Jadi, saya kena tunjuk kepada keluarga kawan dan peminat macam mana kuatnya saya. Jadi, ia secara tak langsung boleh buat orang terikut benda yang positif,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Zara berkata dia tiada masalah untuk bekerjasama mahupun bergandingan dengan bekas tunangnya kerana mereka memutuskan tali pertunangan secara baik.
“Kami putus tunang secara baik dan tidak bergaduh pun. Jadi, apabila perkara ini terjadi, tidak perlu wujud masalah antara kami.
“Saya okay dan boleh bersikap profesional. Lagi pun, ini soal kerja dan bukannya peribadi,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Betul tu sis. Acik sokong u jadi perempuan yg kuat semangat dan x lembik. Be strong sis.
Betul tu zara. Takat muka hafrez tu yang macam jalan tar pecah lekuk lekuk x yah heran la. Elok la. Kang kalau kawin x tentu dia tu bole jadi laki ke x. Ntah2 bapuk. Gay lembik. Ntah2 dia yang tertonggeng tonggeng sebab tinggalkan gadis cantik manis suwweeett intelligent macam zara. U deserves better girl!
Chill ok.lgpun ex ko tu aku tk bekenanla.mekap tebal nau..kelabu tauu..
Lenkali klu gelap tkyahla cover bedak tebal2 tk elok.wat de heckk pakai bedak cam bapuk tauu.tgk ramai je retis laki yg itam meletopss.dato adiputra.fendy bakri ok jerr
Ok next.cari lain plak hokayy
netizen bengong, tunjuk salah, tak tunjuk salah apalah punya otak