“Jangan Tanya, Tak Mahu Ada Kaitan Lagi Dengan Zara Zya”
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai mengenai khabar angin mengatakan punca keretakan hubungan pertunangan Zara Zya dan Hafrezz Adam kerana aktres itu dikatakan mempunyai hubungan cinta sejenis.
Lebih kecoh apabila sejak semalam tular satu video perbualan mesra pelakon wanita itu bersama seorang wanita. Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengannya.
BACA: Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Hubungan Sejenis
Susulan isu tersebut, Hafreez Adam enggan mengulas mengenai perkara itu. Hafrezz berkata dia tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan bekas tunangnya.
“Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara). Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia.
“Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang dan kami tiada kaitan lagi,” katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Zara menafikan dakwaan yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka sebelum ini.
Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu, namun hanya bertahan selama sebulan sahaja selepas Hafreez mengesahkan mereka berpisah secara baik selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan.
- SUMBER
- mStar Online
Bila dh patah hati. Nama pun tk nk dgr.
Betul la apa dia ckp tu, dia dh xde apa2 lg dgn Zara nape nk Tanya dia.
Sdh² kait kan Hafeez dgn Zara Zya.. masing² ada kehidupan sendiri.. move on lah wartawan.. huhu..
Mereka dh putus hubungan kenapa RT dok sebok nk kaitkn mereka lagi. Saja nk mensensasikn cerita … dah terdesak sangat ke RT hoi ..
Kau nI bro dgn perempuan pon nak cemburu. Bkn semua pengkid gila la. Ada yg anggapada kwn perempuan tu bff. Sebagai lelaki, didiklah wanita anda kejln yg lurus. Tp kalo anda sendiri pon bengkok, susah ler
Majlis tunang bukan main lagi, macam akad nikah. At the end, baru sebulan, dah putus. Menunjuk sangat.