Menerusi satu perkongsian di Instagram, suami kepada pelakon Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang genap lima tahun meninggalkan mereka sekeluarga.

Emir berkata dia turut tersentuh melihat gambar sewaktunya kecil ketika baru bangun dari tidur sama seperti gaya arwah bapanya.

BACA: Mira Filzah Sedih Tak Dapat Sahur, Buka Puasa Hari-Hari Dengan Suami

“Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui,” tulisnya.

Di dalam kesedihan itu, Emir memberitahu kepada isterinya bahawa arwah bapanya seorang yang penyayang dan merupakan ayah terbaik.

Emir berkata lagi, dalam kepiluan itu Mira terus mendakapnya dan memujuknya agar tidak terus bersedih.

Untuk rekod, arwah bapa Emir iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan berita tersebut mendapat liputan meluas.