Mira Filzah Sedih Tak Dapat Sahur, Buka Puasa Hari-Hari Dengan Suami
Pertama kali menyambut Ramadan sebagai isteri, pelakon Mira Filzah meluahkan rasa gembira dan truja untuk menyediakan juadah sahur dan berbuka buat suaminya, Wan Emir Astar.
Bagaimanapun, Ramadan kali ini agak sedih dimana Mira berkata dia tidak berkesempatan bersahur dan berbuka bersama suami dan keluarga kerana sibuk dengan urusan kerja.
BACA: Mira Filzah Akui Tetap Laris Selepas Kahwin
“Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin dah fikir macam-macam nak buat. Tengok tengok, jadual ‘shooting’ dah anjak masuk sampai akhir puasa.
“Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak, Abah dan keluarga lain, Atuk dengan Opah lagi lah. Tak dapat balik kampung,” tulisnya.
Meskipun terpaksa berkorban tidak dapat bersama dengan insan tersayang, namun Mira akur dengan tanggungjawab serta menyifatkan kerja juga adalah satu ibadah.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Mira sempat memohon maaf kepada suaminya serta mengucapkan terima kasih kerana memahami kerjayanya.
“Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul. Sorry sayang I. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah,” tulisnya.
Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
- SUMBER
- Ohmymedia
kwn aku laki dia da berbulan kat lautan dia india. raya pon belom tau dpt balik.
jaga2 ramai retis cari lelaki ada duit biar laki, kekasih, tunang orang yg penting ada duit banyak untuk maintain glamour.
nanti terabai makan pakai. kebuluran pula dengan baju compang camping terpaksa ambil retis yg pandai membeli bela
Eleh orang lain dah lama berjauhan laki bini anak2 sbb pkp rilex je sahur buka mcm biasa. Menggelabah pompuan control cun ni. Bagi statement tu biar sensitif sikit dgn keadaan sekeliling. Sedih benda tu pun nak bitau orang. Attention seeker sama mcm jenatnik
mira filzah ni ngada2 lah…kita tahu lah kau cantik banyak jantan tergila2kan kau…konon dia ni dah “taken” lah dah tak boleh dikacau lagi sebab dah ada suami…suami dia bukan hensem pun muka macam tua je
Apa yg susahnya.. Masa nk berbuka n sahur videocall je ler…. Huhuhu
So? Apa yang kami kena buat?
Masak pun baru nak belajar ye mira? Umur2 kau ni patut boleh dah masak simple2. Campak2 je siap. Ni sebelum kahwin bangun sahur terus makan. Buruk betul perangai. Muka je konon cantik lulz. Petang2 kacau gulai je? Tak masak langsung ke? Takde effort nak belajar masak sampai risau sgt? Dasar perempuan bimbo bergaya je pandai kerja rumah kelaut. Kawen ngn anak menteri hidup ada maid buatkan semua. Lepas tu buat luahan rintihan hati macam hidup dia tu susah sangat. Bimbo at its best.
tk minat dia. over and kdg2 act cute je.