Rumah banglo mewah milik usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri sememangnya menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, kos banglo mewah Aliff Syukri Palace yang mempunyai 30 buah bilik tidur itu dikatakan menelan belanja RM32 juta.
Ternyata usaha Aliff membina rumah mewah itu yang mengambil masa 4 tahun untuk menyiapkannya berbaloi apabila tersenarai antara kediaman mewah di dunia dan dipaparkan di laman Instagram yang berkongsi gambar kediaman elit di seluruh dunia iaitu Home of The Rich.
BACA: Aliff Syukri Kesal Ibu Kandung Tuntut Semula Anak Angkat
Namun, ada netizen yang tidak berpuas hati meninggalkan komen pada perkongsian gambar berkenaan mempertikaikan mengenai sumber kekayaan Aliff Syukri dengan mendakwa ianya diwarisi daripada ibu bapanya.
Bagaimanapun, seorang pengguna mempertahankan usahawan kosmetik itu dengan mengatakan kekayaannya bukanlah diwarisi daripada ibu bapaanya kerana bapanya adalah seorang pengawal keselamatan.
Menerusi Instagram, Aliff memuat naik komen netizen berkenaan serta meluahkan rasa kesal dan sedih dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak senang hati dengan kejayaannya.
Kata Aliff lagi, beliau berasa bangga kerana rumah tersebut adalah hasil titik peluhnya sendiri tapi masih ramai yang mempunyai sifat dengki dan busuk hati.
Namun, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah di atas pencapaiannya itu dan menasihati Aliff untuk tidak mengendahkan komen negatif tersebut.