fbpx

Aliff Syukri Kesal Ibu Kandung Tuntut Semula Anak Angkat

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri terkilan dengan permintaan ibu kandung anak angkatnya, Qayyum yang meminta semula anaknya selepas tular video kanak-kanak itu kononnya didera oleh pembantu rumah.

BACA: Pembantu Rumah Didakwa Dera Anak Angkat Aliff Syukri

Melalui Instagram, Aliff berasa kecewa dengan permintaan wanita itu selepas mereka bersusah payah menjaga Qayyum yang sakit ketika bayi, namun selepas besar dan sihat mahu mengambilnya kembali.

“Memang macam ini ek ambil anak angkat? Time teruk menangis tak nak pulak ibu kandung nak ambik? Ini dah sihat nak ambik. Kalau tau macam ni tak payah ambik lagi bagus jaga bebaik dalam perut tu tak payah gatal kasi orang”

“Niat hati wife saya nak berkomunikasi sebab tak nak putuskan hubungan dengan keluarga Yom, tapi jadi sebaliknya pula. Orang tak faham apa yang kami rasa bila perasaan sayang dah ada sebab jaga dari dalam perut lagi (mak Yom mengandung 7 bulan kami dah jaga)”

“Dan dari lahir kami jaga, lahir je Yom kena sawan nangis dan selalu nangis tak berhenti dan ada masalah pernafasan dan mata. Lebih dari RM5,000 kos rawatan kat hospital swasta, malah maid khas saya bayar untuk jaga baby ni sahaja”

“Susu pun tak minum yang biasa ok. Minum susu soya, malah maid saya sampai tak tidur malam. Semua orang jaga dia dengan sakit mata hampir 5 bulan baru hilang. Suntikan bulanan, sakit demam, kami sekeluarga jaga,” luahnya.

Di ruangan komen pula, ramai memberikan nasihat kepada Aliff agar perjuangkan haknya untuk menjaga Qayyum. Sudah banyak kes anak angkat, pengakhirnya begini. Harap Aliff tabah dengan dugaan ini. (rtky/w)