fbpx

Perkongsian ibu kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, iaitu Datin Patimah Ismail di Insta Story menjadi perhatian apabila seolah meluahkan kesedihan.

Menerusi perkongsian itu, Patimah menulis mengenai dosa seseorang individu yang menghancurkan sebuah masjid atau rumah tangga dan membuatkan air mata seorang ibu mengalir.

BACA: “Hancurnya Hati Mengenangkan Akan Kehilangan Mereka” – Patimah Ismail

“Sedarkah dosa kamu yang sudah menghancurkan sebuah masjid dan membuatkan air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulisnya.

Perkongsian itu turut berlatar belakangkan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Flybaits.

Semalan, Syamsul Yusof bersetuju untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya juga pelakon Puteri Sarah pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.