fbpx

Sejak hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah, ibu mentua kepada pelakon itu iaitu Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi perhatian ramai.

Terbaru, Datin Patimah dilihat ada memuat naik posting di Insta Story menyatakan hatinya hancur apabila mengenangkan akan kehilangan Puteri Sarah dan dua orang cucunya.

BACA: Puteri Sarah Gelak Besar Netizen Kata Syamsul Bagi RM1 Juta Belanja Bercuti Di Tokyo

Menerusi perkongsian itu, Datin Patimah turut memuat naik gambar menantunya bersama dua cucunya, Syaikhul dan Sumayyah berlatar belakangkan lagu Shanna Shannon yang berjudul Kamu dan Kenangan.

Pada 24 Mac lalu, sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.

Puteri Sarah menegaskan dia tetap mahu bercerai dengan suaminya serta tidak mahu lagi berdamai dan berharap untuk dilepaskan.