fbpx

Sedang Kumpul Duit, Azri Iskandar Kahwin Hujung Tahun Ini

Mengesahkan sudah pun bertunang dengan kekasihnya Dr Azra Diera pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon Azri Iskandar masih lagi misteri dan menjadi tanda tanya apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah wanita itu kepada umum.

Memetik Astro Gempak, Azri berkata cinta mereka tetap utuh meskipun bermacam spekulasi timbul. Ujarnya lagi, dia dan Azra akan disatukan pada hujung tahun ini.

BACA: “Kami Dalam Fasa Gembira Sebagai Pasangan Yang Sudah Bertunang” – Azri Iskandar

“Hubungan saya dan Ara okey saja. Cinta saya pada Ara pun masih sama… tak ada yang berubah walaupun dihina haters.

“Ara pun sama, tetap teguh dengan cinta dan perancangan kami untuk bernikah  dan hidup bersama. Saya dah dewasa, dah lama dalam industri ini. Jadi, saya tak goyang dengan kata-kata orang lain. InsyaAllah, hujung tahun ini kami akan disatukan,” katanya.

Sementara itu, Azri memaklumkan dia kini sedang sibuk mengumpul duit memandangkan ianya masih belum mencukupi.

“Sekarang, saya tengah kumpul duit kahwin…masih belum cukup. Cinta saya pada Ara,” katanya.

Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.