fbpx

Pelakon Azri Iskandar akhirnya mengesahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya, Dr Azra Diera, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.

Memetik Harian Metro, Azri berkata dia kini dalam fasa bahagia selepas mengikat tali pertunangan serta merancang untuk berkahwin.

BACA: Enggan Rujuk, Ellie Suriaty Tak Cemburu Azri Iskandar Nak Kahwin

“Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.

“Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma, tarikh saja belum ada lagi. Mungkin masa cuti sekolah akan datang, insya-Allah,” katanya

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan dirinya terkena ‘love scam’, Azri menafikannya serta menyifatkan mereka yang beranggapan demikian mempunyai hati tidak baik.

“Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah’,” katanya.

Dalam pada itu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Ara.

“Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja,” katanya.