fbpx

“Sebutan Kes Tak Perlu Hadir Ya, Harap Maklum!” – Hafidz Roshdi

Pelakon sensasi Hafidz Roshdi menerusi satu perkongsian di Insta Story memaklumkan tiada keperluan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hadanah baru-baru ini.

Menerusi entri itu, Hafidz turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengikutnya di media sosial.

BACA: Tak Hadir Mahkamah, Shuhada Kesal Dengan Hafidz Roshdi

Selasa lalu, Hafidz tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menyelesaikan kes tuntutan interim hadanah dan induk hadanah untuk dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.

Susulan itu, bekas isterinya Nurul Shuhada meluahkan rasa kesal serta mengatakan tindakan Hafidz itu boleh melambatkan proses perbicaraan tuntutan hadanah yang difailkan oleh pelakon itu sebelum ini.