fbpx

Sudah tiga minggu bersiaran, kemunculan pengacara dan pelakon Elly Mazlein sebagai hos Gegar Vaganza musim ke-9 ternyata mendapat reaksi positif daripada penonton yang memuji caranya mengendalikan program tersebut.

Malah, gelagat Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina di atas pentas yang sentiasa kecoh dan lincah turut menjadi menghiburkan ramai.

BACA: Lincah Dari Awal Sampai Akhir, Netizen Terhibur Dengan Gelagat Elly Mazlein

Menjadi tetamu undangan di konti Era FM baru-baru ini , Kak Lina sempat berkongsi cerita mengenai dirinya dimana sebelum ini dia seorang yang pemalu dan kurang yakin untuk berhadapan dengan orang.

@hamihar_12

#CapCut bak kata kak lina malaysia perlukan kak lina…#gv9#kaklinapompom #ellymazlin #lucu #lawak #vote

? original sound – Imago_rahman – Imago rahman

“Sebenarnya saya ni pemalu orangnya. Kalau dulu siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu saya seorang yang tak banyak cakap. Saya tiada keyakinan diri dan pemalu,” katanya.

Bagaimanapun, Kak Lina berkata sikapnya berubah apabila dia diuji dengan isu sensasi sebelum ini dan dia nekad untuk tidak dibuli lagi.

“Kadang kalau dengan orang, saya macam ‘eh nak cakap apa ni’. Sampailah satu ketika kadang-kadang orang kata bila kita diuji tu, jangan kita rasa buruk sangka pada Allah.

“Disebabkan satu dugaan menimpa pada diri saya ketika itu, tiba-tiba saya bertukar jadi maca…’No! Tak boleh macam ni, tak boleh orang buli lagi.

“Kemudian bila saya buat sesuatu susulan satu benda , tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong, menyebelahi. Bermula dari situ saya merasakan ada orang bersama saya,” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen mengatakan mereka menonton GV kerana Kak Lina yang sering tampil dengan aksi bersahaja dan membuatkan penonton tidak kering gusi.