fbpx

Sudah tiga minggu bersiaran, kemunculan pengacara dan pelakon Elly Mazlein sebagai hos Gegar Vaganza musim ke-9 ternyata mendapat reaksi positif daripada penonton yang memuji caranya mengendalikan program tersebut.

Malah, gelagatnya di atas pentas yang sentiasa kecoh dan sporting turut menjadi perhatian ramai. Tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina dilihat sedang menari.

BACA: Terlalu ‘Hyper’, Netizen Terhibur Tengok Nabil Kalut Handle Kak Lina Di GV

@ixxuxxinjexry

#gegarvaganza2022 #fyp #viral #funny #kaklinapompom

? original sound – Ixxuddin Jefry – Ixxuddin Jefry

Menerusi video dirakam oleh penonton, Kak Lina sedang seronok menari di tepi ketika persembahan Fuad Rahman yang menyanyikan lagu Gadis Melayu.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan aksi Kak Lina yang sangat lincah dari program bermula hingga ke akhir rancangan. 

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka menonton GV kerana Kak Lina yang sering tampil dengan aksi bersahaja dan membuatkan penonton tidak kering gusi.