Sebak Nyanyian Live Terkucil, Nabila Razali Mohon Maaf
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular nyanyian Nabila Razali yang ‘terkucil’ disebuah program raya secara langsung. Susulan kesilapannya itu, rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu.
Menerusi dihujung persembahan, kedengaran Nabila seperti sebak seolah terkilan kerana tidak dapat melakukan yang terbaik di bahagian korus lagu tersebut.
BACA: Nabila Razali Terima 40,000 Mesej Selepas Dedah Nombor Telefon
So nak maaf kan ke tak ni? pic.twitter.com/b60haMhIrQ
— ayimgegarlawak (@ayimrazakss) May 29, 2020
Di Twitter, seorang netizen berkongsikan video ketika rehearsal semuanya berjalan lancar sahaja. Mungkin gemuruh ketika membawa lagu tersebut secara live buat pertama kalinya.
Time rehearsal ok je pun.. biasa la klu live.. msti nervous semacam.. pic.twitter.com/HnotvhdZ5U
— RECOVERY ? (@azizulkadir) May 30, 2020
Bagaimanapun, seperti sudah dijangka ramai yang mengecam penyanyi itu malah mencadangkan agar Nabila masuk kelas vokal untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian.
Sedar dirinya menjadi bualan ramai, lewat malam tadi Nabil tampil memohon maaf menerusi Instagramnya kerana gagal membawa lagu Peluang Kedua dengan baik dan menghampakan para peminat.
Disamping itu, Nabila turut berjanji akan memperbaiki mutu persembahannya di masa akan datang dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padanya.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata rakan artis dan peminat memberikan kata semangat kepada Nabila serta mengatakan ianya perkara biasa yang selalu dialami oleh penyanyi termasuk mereka yang berpengalaman sekalipun.
Xde sbb nk d maafkn.nk jd pnynyi ni bkan snang.emosi atau klu trlbih feel ke kne la pndai2 control.g la bljr dgn gru shafinaz bg improve kn nyanyian awk.
Dia kalah AF pun sbb mmg dia x bagus nyanyi. So terima jek la hakikat ko mmg xde bakat sbg penyanyi tp sbb ko minat tu ko beriya nk jd penyanyi sbb glamour dan mewah
Terkucil benda dunia je pun …..yg penting yg nak menunggu di barzakh dan masyar.
Laa…selama ni x pernah terkucil ke suara ko dik? Tak perlu minta maaf. Suara ko memang x sedap.
Dik ni direzekikan cantik , muka jenis x de masalah dgn orang. Tapi kak rasa dik sesuai lagi nyanyi yg program Omar Dan Hana tu kat astro oasis. Sopan manis je. Nyanyi camtu sesuai tuk dik. Pahala pun dapat
Tu la dik, lain kali buat lagi challenge x berapa cerdik utk nak rating la komen la likes la. Lagu ni la kan yg dia bagi no fon bagai.
Takpa dik, kami bagi kamu peluang kedua ye. Jgn buat bende yg x bape cerdik lagi k
Dah le x sedap… tawar je kou ni
adoiai…teruknye la bash masing2…sigh~ if betul dia xde bakat…jgnla sampai tutup rezeki org..kawan dia asal heal husaini pun asal struggle gak dari awal..