fbpx

Iaitu semenjak tahun kami semua di Rotikaya HQ belum pun di’lahirkan lagi. Sememang’nya kumpulan Search ini merupakan satu legenda muzik hidup untuk negara kita. Dan, kini mereka sudah lebih 30 tahun dalam industri muzik dan juga hiburan tanah air.

Masih kukuh penguasaan peminat & muzik mereka, Search tampil meraikan ulangtahun ke 30 pembabitan mereka dalam dunia muzik tanah air bermula pada tahun 1981 dengan pemain MP3 edisi khas untuk para peminat yang menyokong mereka selama tempoh itu. 

Pemain MP3 khas berbentuk kaset ini memuatkan 100 buah lagu dari kesemua 17 album penuh kumpulan Search sebelum ini & bonus sebuah lagu susunan juga rakaman terbaru berjudul Kejoraku Bersatu yang merupakan ciptaan Datuk M Nasir.

Satu set pemain MP3 edisi khas ini akan di’jual dengan harga RM333 dan hanya 5,000 unit di’keluarkan untuk pasaran tempatan dan anda yang berminat hanya boleh membeli melalui pesanan secara online di Fenomena Search 30 Tahun.