Betul-betul bulat & nekad hati Fahrin Ahmad untuk tidak menyambung semula ikatan kasih beliau dengan Scha al-Yahya.
Apabila di’tanya wartawan tentang apa punca utama perpisahan mereka akhir Ramadhan lalu, Fahrin Ahmad mendakwa adalah lebih baik untuk peminat tidak tahu.
“Jika anda berada ditempat saya, anda akan rasa seronok dan tertarik dengan permainannya,” ujar Fahrin Ahmad dengan nada yang sinis.
Entah permainan apa yang Scha al-Yahya pamerkan di’hadapan Fahrin Ahmad, yang pasti kenyataan Fahrin seperti membayangkan ada orang ketiga dalam percintaan mereka.
Apabila di’tanya tentang Awal Ashaari yang di’tuduh terlibat, Fahrin Ahmad tidak memberikan apa-apa kata ya atau tidak.
“Kamu carilah sendiri, saya tidak mahu cakap siapa dia. Tapi kalau nak tahu, ikuti perkembangan dia (Scha) dan carilah dia dengan siapa sekarang”
Siapa ya kekasih Scha al-Yahya sekarang? Berminat pula kami mahu tahu lebih lanjut. (Dasar kaki gossip)