Scha Elinnea Nafi Dibela Sugar Daddy, Dah Kerja Sejak Usia 15 Tahun
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Scha Elinnea menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan kegembiraannya di Instagram akhirnya memiliki kereta mewah jenama Mercedes-Benz.
Bagaimanapun, entrinya itu mengundang komen negatif daripada netizen yang meuduhnya menggunakan duit haram untuk membeli kereta berharga RM200,000, malah didakwa dibela oleh sugar daddy.
BACA: Baru 21 Tahun, Scha Elinnea Bangga Beli Kereta Mewah RM200,000
Tampil membidas dakwaan netizen itu, Scha berkata dia tidak akan menggunakan atau memberikan duit haram kepada keluarganya. Ujarnya, mereka yang mengenalinya lebih tahu.
“Ada orang DM, hantar screen shot komen ‘dia ni mesti ada orang bela’. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram.
“Saya takkan lakukannya. Tak kisah apa orang nak cakap. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit,” ujarnya kepada mStar
Dalam pada itu, Scha berkata ramai tidak tahu dia sudah mula bekerja sejak usia 15 tahun lagi dan sepanjang tempoh tersebut dia tidak membelanjakan wang sewenang-wenangnya serta turut menceburi bidang perniagaan.
“Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya. Apa saya nak saya sendiri kena usahakan. Ramai orang tak tahu saya sudah mula bekerja dari umur 15 tahun lagi sebagai model & reviewer produk.
“Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tahniah dik.
Sama macam kak Mah bijan, dari kecik lagi simpan duit nak beli cincin… kalau dia boleh sudah tentu dik Scha pun boleh, kan? Semangat menabung tu harus di didik.
Bulan baik tak kan nak fitnah kena bela kot, kalau menabung lama lama jadi bukit boleh la beli mercedes
x yah nak membongakk la ooiii.cakap kemain kumpul duit haram la…takkan nak mengiyakan ada sugar sugar oik oik kan ahahhahaha bitch
Drama dia berlakon hanya 8 (list dibawah) average salary dalam Rm10k per drama, total RM80k. Tolak expenses @30% so balance Rm56k. Harga kereta AClass sedan Rm 222k. Short Rm166k, loan bank confirm tak dapat..misteri nusantara
Mr. Grey (2018)
Pencuri Cinta Kelas Satu (2018)
Cik Reen & Encik Ngok Ngek (2018)
Voice Note (2019)
Tuan Danial (2019)
Rumah Siti Khadijah (2019) – Episod: “Gengsterisme”
Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020)
Tak Sempurna Mencintaimu (2021)
Ramai org x thu, kete ni kete recond 2016 harga tak smpai pun la 200k. Plg maximum pun 145k je kot. Tak caye call lacompany dia tanye rege. Tah sesape memandai ckp 200k mmg kena auta je. Dia lg la membongak jubo. A180 je kot nyah
siapa percaya cakap retis.
tapi betullah dia kerja keras.
duit tidak haram kecuali terkena darah babi dan anjing tidak di samak.
tapi cara dpt duit dengan menjual badan lebih haramkan scha.
Kenapa name dia mcm scha alyahya? Tak original langsung
Scha punya paid review banyak.x baik tuduh2 dia macam tu.I pernah keje dgn dia dlu.mmg banyak gila paid review and bukan murah satu paid review.bulan2 puasa nie jagalah mulut kita
xkenai sapa dia ni..tiba tiab muncul pasai dia..
Belakon pun suam kuku..pelakon tambahan sja..tiba2 beli keta mewah…
Kereta tu murah je. Korang jeles sgt smpai buat matematik aduiiii
Pengomen Ikhlas, kamu diri sendiri ke?