fbpx

Baru 21 Tahun, Scha Elinnea Bangga Beli Kereta Mewah RM200,000

Siapa sangka baru sahaja berusia 21 tahun, pelakon Scha Elinnea berjaya membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz A180 AMG.

Berita gembira itu, dikongsikan oleh Scha menerusi Instagram dan harga kereta tersebut dianggarkan berharga lebih RM200,000.

BACA: Sering Tayang Foto Seksi, Scha Elinnea Dapat Mesej Lucah Suami Orang

Menerusi entri itu, Scha turut meluahkan rasa syukur dengan pencaipaiannya itu, malah sebelum ini tidak pernah membayangkan dapat memiliki kereta idamannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Scha berkata dia mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu dan ia adalah hasil titik peluh selama dia berlakon.

“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.

“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata selepas ini menyimpan impian untuk membeli rumah pula dan sanggup bekerja keras untuk dapatkan apa yang diimpikannya.

“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula. Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri,” katanya.