Pelakon Scha Elinnea mendedahkan kos bulanan bagi rawatan kecantikan dan penjagaan dirinya di akaun Tiktok.
Menerusi video itu, Scha berkongsikan senarai harga bagi setiap rawatan yang dilakukannya dan dianggarkan mencecah RM4,000.
BACA: Scha Elinnea Sedih Sering Terpalit Isu Panas
“Lashes and brows RM369, Manicure dan pedicure RM300, Full Face Threading RM50, Rawatan IPL, Under eye skin booster RM1688, NCFT skin booster RM850, touch up hair colour RM380,” tulisnya.
Menurut Scha, kecantikan bukan datang secara percuma sebaliknya memerlukan pelaburan agar penampilan sentiasa terjaga.
“Kalau nak cantik memang kena luangkan. Lain orang lain cara. Saya suka buat rawatan kecantikan sebab jimatkan masa saya untuk bersiap, selain untuk jangka masa panjang,” katanya.