fbpx

Scha al-Yahya, Suami Sudah Sedia Timang Anak Kedua

Baru saja menyambut ulangtahun kelahiran anak mereka, Lara Alana yang kelima tahun, Scha Al-Yahya memberitahu beliau dan suami kini sudah bersedia untuk berusaha dan mendapatkan cahaya mata kedua pula.

BACA: Awal Ashaari, Scha Alyahya Menang Saman RM345,305

Usia Lara yang kini sudah besar membuatkan Scha dan Awal Ashaari ingin menambahkan zuriat lagi. Malah pasangan itu berharap rezeki zuriat itu dapat termakbul selain meminta peminat turut mendoakannya.

“Setakat ini kami masih mencuba dan berharap peminat mendoakannya. Lara akan memasuki darjah satu di sekolah antarabangsa tahun depan. Sebelum ini Lara hanya mengikuti tadika dan akan memasuki fasa yang lebih serius,” katanya.

Terdahulu pasangan Sha dan Awal yang sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun telah dikurniakan seorang cahaya mata, Lara Alana. Semoga hasrat pasangan ini untuk menambah zuriat dipermudahkan. (rtky/w)