Well hello dan selamat pagi kawan kawan semua. Ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada semua pembaca kami yang layak menyambut — atau yang buat buat macam layak. Apa cerita?

Seluruh Malaysia bercuti, tetapi tidak kami. Putaran dunia hiburan harus terus berjalan untuk anda.


Jika semalam satu Malaysia tahu yang Yusry KRU & Lisa Surihani bakal tamatkan zaman bujang sekitar Februari 2012, ini kisah satu lagi pasangan.


Scha al-Yahya & Awal Ashaari sebelum ini sudah beberapa kali di’kaitkan sebagai pasangan sensasi yang akan menamatkan zaman bujang sekitar tahun 2012 — tetapi menafikan perkara itu.

Tetapi menerusi satu kenyataan kepada Berita Minggu hari ini, Scha al-Yahya sendiri mengakui yang mereka berdua akan bernikah sekitar Mac & Jun tahun hadapan dan kini persiapan sedang bermula.



Scha al-Yahya juga mengulas khabar angin yang mengatakan Astro bakal menjadi penyiar rasmi perkahwinan beliau,”Desas desus yang mengatakan Astro bakal menjadi penyiar rasmi itu tidak benar sama sekali”

Dalam temubual yang sama, walau pun perancangan sudah ada, Scha al Yahya memberitahu yang beliau dan Awal Ashaari masih belum menempah apa apa termasuk baju pengantin dan tarikh sebenar.

Namun tidak menafikan yang perkahwinan mereka akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) kerana mahu menyatukan seluruh ahli keluarga dari kedua dua belah pihak.