fbpx

Scha al-Yahya & Awal Ashaari Bawa Lara Alana Bercuti Ke London

Anda tahu bila kami kekeringan cerita untuk dikeluarkan pada Isnin yang indah ini apabila gambar percutian anak selebriti pun kami jadikan bahan berita. Oh kami perlukan kerja baru. Lara Alana antara anak selebriti yang menjadi tumpuan ramai di internet, apalah salahnya.

Baru baru ini, pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah terbang ke kota London bersama anak mereka Lana Alana yang kami kira merupakan sebahagian dari percutian musim panas mereka ke bumi Eropah. Maklumlah, panas di Malaysia terlalu kuat bahangnya.

BACA: Awal Ashaari Bengang Ada Peminat Tegur Hidung Lara Alana

Ini pun bukanlah percutian pertama Lara Alana bersama ibu bapanya dan sebelum ini pun mereka sudah bersama ke Perth, Australia sebelum satu percutian pendek di Istanbul, Turki baru baru ini.

Untuk anda yang tidak mengikuti pasangan ini di Instagram, berikut merupakan beberapa keping gambar comel Lara Alana bersama Scha al-Yahya dan Awal Ashaari yang ketika ini masih berada di London sejak empat hari yang lalu. Enjoice! (rtky/m)