fbpx

Awal Ashaari Bengang Ada Peminat Tegur Hidung Lara Alana

Jika baru-baru ini anak sulung penyanyi Black telah dicemuh oleh seorang individu, kini Lara Alana turut menjadi mangsa kepada salah satu komen atau teguran yang tidak kena pada tempatnya malah dalam masa yang sama turut membuatkan Awal Ashaari bengang.

BACA: Awal Ashaari Bawa Lara Alana Ke Istanbul Jumpa Scha al-Yahya

Awal-Ashaari-Bengang-Peminat-Tegur-Hidung-Lara-Alana---ROTIKAYA_001

Jika dilihatkan daripada cara teguran tersebut, mungkin individu tersebut sekadar mahu menegur tetapi dalam masa yang sama, teguran terbuka sebegitu hanya akan membawa kepada situasi tidak senang kepada ibu bapa bayi tersebut.

Awal bagaimanapun menjawab semula ‘teguran’ tersebut dengan memuatnaik sekeping gambar yang membawa maksud, setiap individu mempunyai batasan dalam melontarkan pendapat yang jujur ataupun bersikap biadap.

Buat Awal dan juga Black, kami doakan yang terbaik kepada anda dan juga anak-anak anda. Susah mahu puaskan hati semua orang. Sebagai ibu bapa siapa yang tidak akan terasa jika orang luar kata bukan-bukan pada darah daging sendiri. (rtky/syfq)