Ini sesuatu yang baru dan terima kasih kepada Facebook & kecanggihan teknologi hari ini. Seorang wartawan awam di Cari.com.my berjaya menyelongkar Facebook Sazzy Falak & Dira Abu Zahar untuk mendapatkan scoop eksklusif ini.

Dalam kedua-dua akaun mereka, ada tulisan yang menunjukkan ketidakpuashatian masing-masing terhadap undian dalam program Sehati Berdansa.


Menurut status Facebook Sazzy Falak, ada peserta yang beriya-iya mengeluarkan duit untuk mengundi diri sendiri & ada peminat mengatakan yang status itu di’tujukan buat Dira Abu Zahar.

Tidak mahu ketinggalan, Dira turut mengeluarkan ‘statement’ sendiri di Facebook untuk memperbetulkan keadaan. Samada ini sesuatu yang sengaja di’adakan atau memang realiti belakang tabir Sehati Berdansa musim 2009 ini.


Walaupun Sazzy Falak ada mengatakan yang status beliau itu tidak di’tujukan kepada sesiapa, jika sudah ada hati yang terasa, maka bersiap sedia untuk terima liputan media tidak lama lagi. Heh.