fbpx

Bimbang dengan varian baru Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak, pelakon Nur Fazura membuat keputusan membatalkan hasratnya untuk membawa puteri kesayangannya Fatim Aisha bercuti ke luar negara.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazura memuat naik laporan berita tentang penyebaran virus Omicron. Ujarnya, demi keselamatan Fatima dia tidak akan bercuti mana-mana.

BACA: Rakan Dedah Fazura Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk

“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.

Perkongsian Fazura itu turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang meninggalkan emoji tanda bagus di ruangan komen.

Beberapa hari lalu, Malaysia merekodkan kes pertama varian dibimbangi (VOC), Omicron, membabitkan seorang pelajar yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.