Rakan Dedah Fazura Tetap Jaga Solat Walaupun Sibuk
Baru-baru ini, jualan tudung pelakon Nur Fazura sekali lagi mendapat sambutan luar biasa apabila koleksi terbarunya itu habis dijual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh 45 minit sahaja di platform Shopee.
Rakan perniagaannya, Hafiz Nassir mendedahkan rahsia kejayaan pelakon itu yang sentiasa menjaga solat meskipun sibuk dengan kerja. Malah, Hafiz berkata keperibadian Fazura membuka matanya.
BACA: Tudung Fazura Habis Terjual Dalam 45 Minit
“Apa yang saya nampak dia seorang yang menjaga solatnya. Walaupun sibuk dengan penggambaran yang kadang-kadang memakan masa hampir 10 jam, tapi solat menjadi keutamaannya selain memastikan auratnya sentiasa terjaga.
“Selain itu, satu perkara yang saya cemburu adalah dia tidak suka berkongsi kebaikan yang dilakukan seperti amalan sedekah atau bantuan yang dihulurkan kepada golongan memerlukan. Seboleh mungkin dia enggan orang ketahui niat baiknya itu.
“Sebagai rakan perniagaan saya kagum dengan semangat luar biasa yang dimiliki. Dia sangat memberikan sepenuh komitmen dan teliti dalam setiap apa yang dilakukan,”katanya.
Hafiz berkata lagi, Fattah Amin yang sentiasa berada di sisinya turut membantu kepada kejayaan besar Fazura dalam perniagaan.
“Bagi saya, dia adalah wanita yang sukakan misteri. Dia tidak akan berkongsi sesuatu projek selagi belum dilancarkan bagi mengelak segala perkara negatif atau perasaan yang tidak baik. Dia lebih selesa bersaing dengan dirinya sendiri.
“Saya juga perlu katakan yang Fattah juga antara individu yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Fattah sering berada di sisi dan membantu menguruskan perniagaan,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Aurat terjaga? KLFW nampak leher. Ya la siapa lagi nak puji kalau bukan rakan seperniagaan.
taj nampak leher dia
ko tgk kt mana?
Ape la citer ni..fazura solat pun nk kena umumkan tkut nt org kata di x solat ke? Alahai klau aku jd fazura aku x bg kwn aku umumkan yg aku ni rajin solat..takut org meluat aje nt
Eh bagus lagi Fazura dari Nora Danish, Nora Danish ni dah dah lah orang pun bosan kutuk Kak KM sama je at least kak KM tue level nak cari duit untuk anak ko dah level kayangan menyampah ahhh
Keep it up Fazura good contoh don’t be like ND
Good contoh what I as marhaen think she is a good role model not like someone who go hiking dressing up like what and show publicly so gatal
jga aurat? iyelah tu.. smoga istiqomah. dah tua dh pun.. tp saya x stuju rakan sndri kasihtau yg die jga solat tah pa. dh nama kewajipan kan.. watever lh makcik…
Bab solat atau aurat tu personal isu I xnk sentuh tp citer ni rasa dah basi rasa bln lps kot dkt cari.com. RK ni mmg lembab ya amat…
Dh wajib solat kan..sooo…yg x reti solat tu yg patutnye rs malu..
Ya..Fazura ni cerita dia semakin hari semakin menyenangkan.
Rezeki mereka bersama..berkahwin dgn pilihan yg tepat..bertuah hidup.
aku dah beli tudung dia yang baru tu. ya allah, keras kejung wei material dia. patutlah rm27 je. kalah bawal kangaroo dia punya keras tu. aku tataulah cemana dia pakai design tu dengan material macam tu. serious rasa menyesal gak beli, naseb baik aku try satu pattern je dulu
Bagus abam fattah berjaya didik isteri nye dgn lemah lembut. Teori aku tepat sekali. Laki2 kacak lebih setia dan bagus x gatal berbnding dgn yg …eh korang smbung la sndiri.
Apakebodo????! Topic Fazura. Pahallll betina gemuk kepam atas tuh semua dok compare dengan ND? Dengki tak habis. Hitam hati. Semua orang Islam wajib solat dan jaga aurat. Tapi solat nombor 1! ND dikeji tapi pernah khatam Quran. Solat pon jaga. Betina kepam? ANAK JANTAN TAK SOLAT DENGAR LAGU ASAR KE MAGHRIB. LAGI CAM HARAM!