fbpx

“Sayalah Lelaki Paling Bahagia, Anis Sofea Amat Sempurna”

Selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Anis Sofea semalam, penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa syukur Tuhan menghadirkan peneman hidupnya hingga ke akhir hayat.

Haqiem berkata dirinya lelaki paling bahagia ketika ini kerana memiliki pasangan hidup amat disifatkan amat sempurna dimatanya. Kata penyanyi 24 tahun itu lagi, dia terpikat dengan sikap lemah lembut isterinya.

BACA: Wedding Of The Year, Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli RM7 Juta

“Alhamdulillah, sayalah lelaki paling bahagia ketika ini kerana ada seseorang yang bukan sahaja menjadi peneman hidup, malah, berkongsi suka dan duka bersama.

“Dia (Anis Sofea) amat sempurna. Saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilannya berjaya menambat hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Malam semalam, pasangan pengantin baru itu turut diraikan dalam satu majlis resepsi sederhana tapi cukup mewah bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara di skyGlass Cyberjaya.

Ketika majlis pernikahan, Haqiem menyerahkan wang hantaran sebanyak RM100,000 dan kos perkahwinan pasangan itu dianggarkan lebih RM7 juta.