Penyanyi Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Anis Sofea dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang tadi.

Pada majlis tersebut, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah RM100,00, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada isteri.

BACA: Haqiem Rusli Sah Bergelar Suami Anis Sofea

Majlis resepsi akan diadakan secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis diberikan nama The SOFEA, berinspirasikan Floral Garden persis taman kayangan dengan rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis yang minat dengan fesyen dan drama Korea.

Haqiem dan Anis mengenakan busana dari pereka, Razman Razmi. Manakala, untuk majlis resepsi busana direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini.

Turut meraikan detik bersejarah HABIB Jewels menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem turut memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia buat isterinya. Difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan penyanyi itu dianggarkan lebih RM7 juta.