fbpx

“Saya Yang Minta Putus, Zara Zya Tak Mahu…”

Berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam ternyata mengejutkan ramai. Mana tidaknya, baru sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai.

Hafreez berkata perasaan kecewa membuatkan dia nekad untuk memutuskan tali pertunangannya dengan Zara. Ujarnya lagi, dia dan Zara sudah beberapa kali cuba menyelamatkan hubungan mereka namun tiada jalan penyelesaian.

BACA: “Dia Lelaki Budiman, Cuma Hati Rasa Semakin Menjauh”

“Ya, betul. Kami dah putus tunang. Kami dah cuba selamatkan hubungan ini tetapi nampaknya, ia tidak boleh diselamatkan lagi,” kata Hafreez yang berusia 29 tahun itu.

“Sebab itulah keputusan untuk berpisah ini dibuat dan bagi saya, ia dibuat secara matang. Kami tak bergaduh pun dan saya akui, keputusan tersebut datang daripada saya. Saya yang memilih untuk take time off,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hafreez mengakui masih menyayangi bekas tunangnya itu namun sudah tertulis jodoh mereka setakat itu. Hafreez berkata lagi, Zara tidak mahu memutuskan pertunangan, namun dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak meneruskan perhubungan.

“Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma pada masa yang sama, kecewa, ralat itu semua ada,” luah Hafreez.

“Cuma saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin Tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.”

“Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah. Buat masa ini, lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya sahaja. Lagi pula, ayah baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu,” katanya.