fbpx

“Dia Lelaki Budiman, Cuma Hati Rasa Semakin Menjauh”

Menafikan orang ketiga punca hubungan pertunangan terlerai, Zara Zya berkata terlalu sibuk dengan komitmen dan kerjaya masing-masing menyebabkan ikatan pertunangan dengan Hafreez Adam yang dibina pada 1 Oktober lalu putus.

Zara berkata pelbagai tekanan mengeruhkan lagi hubungan mereka sehingga akhirnya Hafreez membuat keputusan untuk putus. Zara akui kekangan masa dan sibuk mencari mencari rezeki juga punca hubungan mereka makin menjauh.

BACA: Zara Zya, Hafreez Adam Putus Selepas Sebulan Bertunang

“Memang kebelakangan ini, kami jarang berjumpa. Saya sibuk dengan komitmen lakonan. Dia pula sedang mengukuhkan perniagaan yang semakin berkembang.

“Saya tak tipu adalah gaduh-gaduh ‘manja’. Perhatian yang diberi dengan bermacam kisah itu dan ini yang dihidu atas nama kami selebriti, kadang-kadang membuatkan kami tertekan. Namun, punca ‘orang ketiga’ sama sekali tidak betul,” katanya kepada BH Online.

Zara berkata sehingga hari ini dia masih menerima ucapan tahniah atas pertunangannya. Menurut Zara bekas tunangnya itu seorang lelaki budiman namun dia harus menerima hakikat jodoh mereka tidak panjang.

“Dia sangat budiman. Keluarganya pun melayan saya dengan baik. Cuma akhirnya, hati itu rasa makin menjauh.

“Namun, jodoh saya dengan dia tidak panjang. Kami berpisah cara baik. Kami berfikir dan menyelesaikan semua ini dengan matang,” katanya.