fbpx

Pelakon Zannita Wilson enggan memberikan komen berkenaan kenyataan suaminya, Abdul Zackery yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Memetik Astro Gempak, Zahnita bagaimanapun terkejut dengan dakwaan dibuat suaminya dan akan tetap berjuang untuk menegakkan haknya.

BACA: “Saya Tak Pernah Pukul Dia, Belajar Muay Thai Untuk Pertahankan Diri” – Zahnita

“Maaf saya tak mahu ulas apa-apa tentang kenyataan tersebut. Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh kata demikian. Nak ke orang tahu tentang hal ini? Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Zahnita berkata dakwaan dikeluarkan suaminya itu kerana dia enggan menarik semula laporan kes yang dibuat dan cuba meletakkan diri sebagai mangsa.

“Perkara ini berlaku disebabkan saya tidak menarik balik kes terhadap dia. Semalam (Isnin) berlansungnya kes mahkamah. 

“Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara salah satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuk saya tarik balik laporan kes.

“Aya yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen dia untuk tunjukkan diri dia tidak bersalah,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak