fbpx

“Saya Yakin Saya Tak Bersalah, Saya Akan Buktikan…”

Selepas tiga hari ditahan reman, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya dibebaskan hari ini dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium pada Khamis lalu.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz mengakui panas baran adalah sinonim dengannya namun apa yang dilakukannya itu adalah perlu serta meminta menunggu cerita sebenar daripadanya.

BACA: Pelakon Lelaki Sensasi Belasah Penghuni Kondominium Direman

“Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya,”

“Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

“Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, sepanjang tiga hari ditahan banyak perkara dipelajarinya serta dia akan membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Insya- Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan. Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah,” katanya.