fbpx

Pelakon Lelaki Sensasi Belasah Penghuni Kondominium Direman

Seorang pelakon lelaki sensasi ditahan reman selepas didakwa menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Memetik BH Online, suspek berusia 30-an yang merupakan penghuni kondominum tersebut dilaporkan menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominum yan sama dalam kejadian hari Khamis, pada jam 8.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa dilaporkan meminta bantuan rakannya untuk membelikan minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk pengawal ke kawasan kondominium.

“Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa,” katanya.

Mangsa kemudian turun ke kawasan lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan.

“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.

“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” katanya.

Mangsa kemudian embuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediamannya malam kelmarin.

Difahamkan, suspek pernah membolosi kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34.