fbpx

“Saya Tidak Akan Teragak-Agak Tunjuk Semua Bukti”

Nampaknya, kontroversi panas terpalit pelakon Amar Asyraf dan skandalnya yang juga merupakan seorang pelakon Ellika Azman seperti tiada pengakhirannya meskipun Amar serta kedua-dua isterinya tampil menjelaskan isu hal rumah tangga mereka.

Menerusi Instagram, Ellika memberitahu dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan bukti jika kenyataan daripada pihak Amar bercanggah dengan cerita sebenar mengenai hubungan mereka.

BACA: “Kami Sepatutnya Nikah Di Thailand Minggu Depan”

Katanya lagi, dia mempunyai segala bukti tentang hubungan mereka bermula September 2019 sehingga baru-baru ini termasuk segala audio perbualan mereka berdua.

Jelasnya lagi, pendedahan tersebut bukan untuk meraih publisiti untuk dirinya tetapi mahu membela nasib anak Amar bersama isteri keduanya.

Terdahulu, Ellika mendedahkan dia dan Amar sepatutnya berkahwin di Thailand pada 11 hingga 13 Oktober. Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dia baru mengetahui Amar mempunyai seorang lagi isteri serta seorang anak dari perkahwinan kedua.