fbpx

“Kami Sepatutnya Nikah Di Thailand Minggu Depan”

Masih belum reda lagi kontroversi terpalit Amar Asyraf, wanita yang mendakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon itu iaitu Ellika Azman mendedahkan mereka sepatutnya berkahwin minggu hadapan di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober.

Ujarnya lagi, sebelum ini ada rakannya memaklumkan kepadanya bahawa Amar sudah mempunyai dua isteri namun dia tidak percaya tentang perkara tersebut. Namun, dakwanya lagi segalanya terbongkar apabila dia mendapat tahu isteri kedua Amar baru saja melahirkan anak.

BACA: “Kami Dah Putus Mac Lalu, Isteri Tahu Hubungan Kami”

“Saya dan Amar sudah bercinta sejak September tahun lalu. Kami sepatutnya berkahwin di Thailand minggu depan.

“Sebelum ini ada kenalan memaklumkan Amar sudah mempunyai dua isteri tetapi saya tidak percaya. Lebih menyedihkan, sebenarnya saya bakal menjadi isteri ketiga! Mulanya, saya tidak memberitahu info yang saya dapat ini kepada Amar,” katanya.

Mengakui kesilapannya bercinta dengan suami orang, Ellika berkata dia rela membuka aibnya sendiri kerana mahu Amar bertanggungjawab ke atas isteri kedua dan anaknya itu.

“Saya dimaklumkan Amar belum lagi menjenguk isteri kedua dah anak mereka. Saya tahu, bila saya memilih untuk bercinta dengan Amar, perkara terbabit memang salah kerana dia berstatus suami orang.

“Saya ingat saya yang paling teraniaya, rupanya isteri kedua dan anak mereka lebih teraniaya! Saya tak kisah bila ada orang nak kata saya buka aib sendiri asalkan pendedahan ini dapat membuatkan Amar bertanggungjawab terhadap anaknya itu,” katanya.