fbpx

“Saya Tangguh Mohon Cerai Sejak April Kerana Hamil”

Nekad mahu meneruskan penceraian, Adira Suhaimi mendedahkan sudah lama beliau menfailkan permohonan cerai namun terpaksa ditangguhkan kerana hamil dan bakal melahirkan bayi ketiga mereka.

BACA: Dato Red Bergurau Lakukan Hubungan Intim Dengan Adira

“Saya sudah lama memfailkan perceraian itu pada April lalu, namun hari ini bertekad untuk meneruskan perceraian. Saya terpaksa tangguh sebelum ini disebabkan saya hamil, Saya teruskan sebab mengambil kira apa yang terbaik untuk diri saya dan anak”

Kongsi Adira lagi, selama ini beliau cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya namun akhirnya gagal. Bagaimanapun Adira berkata, beliau menerima dengan hati yang terbuka jika masih ada jodoh diantara mereka.

“Saya nekad teruskan juga meskipun sepanjang proses bersama kami mencuba untuk berbaik semula. Kalau Allah kata jodoh kami masih panjang saya terima dengan hati yang ikhlas. Tetapi kalau Allah kata jodoh kami tak panjang saya akan terima dengan hati terbuka,” jelasnya.

Terdahulu Dato Red membantah sekeras-kerasnya permohonan penceraian yang dibuat Adira. Selain mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina, Dato Red mahu berusaha menambat hati isterinya kembali. (rtky/w)